Ceramic · Graphene · Diamond

Coating kereta Melaka. Kilat lebih lama, senang cuci.

Coating ialah lapisan pelindung yang disapu atas cat kereta selepas dicuci dan dipolish. Cat nampak lebih dalam dan berkilat, air hujan tergelincir, dan kotoran tak mudah melekat. Setiap pakej coating SM dah termasuk cucian, decontamination dan polish.

Toyota 86 merah di bay detailing SM Premium, Alai Melaka

Harga coating kereta Melaka

Harga coating ikut saiz kereta.

Harga promo. Semua pakej termasuk cucian, decontamination dan polish sebelum coating.

Harga coating ikut saiz kenderaan
Saiz kenderaanCeramic3 tahun · promoGraphenepromoDiamondpromo
Hatchback & sedan kecilRM800RM1,199RM1,499
Sedan besar & SUV kecilRM900RM1,299RM1,649
SUV besar & premiumRM1,000RM1,449RM1,799
MPV besar & 4x4RM1,100RM1,599RM1,999
MPV premium & 4x4 besarRM1,200RM1,749RM2,199

Mana satu sesuai?

Ceramic, graphene atau diamond?

Ceramic coating

Pilihan paling popular. Tahan sehingga 3 tahun dengan penjagaan betul. Sesuai untuk kereta harian yang nak kilat dan senang dicuci.

Dari RM800

Graphene coating

Tahap lebih tinggi daripada ceramic, untuk pemilik yang nak perlindungan lebih dan kereta yang selalu berada di luar.

Dari RM1,199

Diamond coating

Pakej paling premium kami untuk kereta baru atau kereta kesayangan.

Dari RM1,499

Tak pasti? WhatsApp model dan umur kereta anda, kami cadangkan pakej yang sesuai dengan bajet.

Proses

Apa yang kami buat sebelum coating.

  1. Cucian penuh badan, rim dan tayar.
  2. Decontamination untuk buang kotoran degil yang melekat pada cat.
  3. Machine polish untuk kurangkan kusam dan calar halus supaya cat licin.
  4. Sapuan coating panel demi panel dalam bay tertutup yang terang.
  5. Pemeriksaan akhir dan tip penjagaan selepas coating.

Soalan lazim

Tentang coating kereta

Berapa harga coating kereta di Melaka?

Ceramic coating 3 tahun dari RM800 untuk hatchback dan sedan kecil, graphene dari RM1,199 dan diamond dari RM1,499. Harga naik ikut saiz sehingga MPV premium dan 4x4 besar.

Harga coating dah termasuk polish?

Ya. Semua pakej coating termasuk cucian, decontamination dan polish sebelum coating.

Berapa lama ceramic coating tahan?

Ceramic coating kami tahan sehingga 3 tahun dengan penjagaan yang betul, seperti cucian berkala dan elak bahan kimia keras.

Cat kusam dan bercalar, boleh coating?

Boleh. Polish sebelum coating membantu kurangkan kusam dan calar halus. Untuk cat yang teruk, kami periksa dulu dan bagi harga sebelum mula.

Perlu tempah dulu?

Ya, untuk coating kami galakkan tempah slot melalui WhatsApp supaya kereta boleh disiapkan tanpa tergesa-gesa.

Ada headlamp coating?

Ada. Headlamp coating sepasang RM99 untuk lampu yang kuning dan kusam.

Car wash Alai, Melaka. Jumpa kami di sini.

Lot 212, Jalan Taman Alai Indah,
75460 Melaka, Malaysia

Setiap hari · 10 pagi – 7 malam

Tip: slot hujung minggu cepat penuh, tempah awal melalui WhatsApp.

Car wash dan detailing berdekatan untuk pelanggan dari Alai, Kandang, Padang Temu, Telok Mas, Ujong Pasir, Semabok, Umbai, Bukit Baru, Bukit Katil, Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Cuci kereta, polish kereta, wax kereta, coating kereta dan cuci motor, semua di satu tempat.

Kedai cuci kereta SM Premium Wash & Detailing di Taman Alai Indah, Melaka, dengan lampu heksagon
Cucian kereta dariRM15 · Pakej Premium Shine RM149
Tempah