Machine polish · Alai, Melaka

Polish kereta Melaka. Kilat macam baru.

Cat kereta kusam, ada calar halus atau kesan pusaran (swirl)? Polish Premium SM guna machine polish pada seluruh badan, kemudian disapu wax body dan tayar dikilatkan.

Kereta di bay detailing dan polish SM Premium, Alai Melaka

Harga polish kereta

Polish Premium ikut saiz.

Polish Premium

Harga Polish Premium
Hatchback & sedan kecilRM149
Sedan besar & SUV kecilRM169
SUV besar & premiumRM199
MPV besar & 4x4RM229

Untuk cat yang masih elok. Cat teruk, kami periksa dan bagi harga dulu.

Polish Cermin Depan

Harga polish cermin depan
Windscreen (semua saiz)RM50

Buang tompok air, kesan wiper & kotoran degil. Pandu waktu hujan & malam lebih jelas.

Headlamp Coating

Harga Headlamp Coating
Sepasang (promo)RM130 RM99

Lampu kuning, kabur atau bergaris jadi jernih balik, siap dengan coating.

Apa yang termasuk

Polish Premium termasuk:

  1. Detail wash luar supaya tiada pasir dan kotoran yang mencalarkan cat semasa polish.
  2. Machine polish seluruh badan untuk kurangkan kusam dan calar halus.
  3. Wax body untuk kilat dan lapisan perlindungan ringan.
  4. Kilat tayar sebagai sentuhan akhir.

Nak kilat lebih lama?

Polish dulu, kemudian coating.

Polish menaikkan semula kilat cat. Untuk kekalkan kilat itu lebih lama, sambung dengan ceramic, graphene atau diamond coating. Polish dah termasuk dalam semua pakej coating.

Soalan lazim

Soalan lazim

Berapa harga polish kereta di Melaka?

Polish Premium dari RM149 untuk hatchback dan sedan kecil, RM169 sedan besar/SUV kecil, RM199 SUV besar dan RM229 MPV/4x4.

Polish boleh buang semua calar?

Polish membantu kurangkan kusam dan calar halus. Calar dalam yang sampai ke lapisan bawah cat perlukan pemeriksaan, kami beritahu dulu sebelum mula.

Cat kereta saya dah teruk, boleh polish?

Boleh. Untuk cat yang teruk, kami periksa dulu dan bagi harga sebelum kerja dimulakan.

Polish cermin depan untuk apa?

Buang tompok air, kesan wiper dan kotoran degil pada windscreen supaya pemanduan waktu hujan dan malam lebih jelas. RM50 semua saiz.

Car wash Alai, Melaka. Jumpa kami di sini.

Lot 212, Jalan Taman Alai Indah,
75460 Melaka, Malaysia

Setiap hari · 10 pagi – 7 malam

Tip: slot hujung minggu cepat penuh, tempah awal melalui WhatsApp.

Car wash dan detailing berdekatan untuk pelanggan dari Alai, Kandang, Padang Temu, Telok Mas, Ujong Pasir, Semabok, Umbai, Bukit Baru, Bukit Katil, Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Cuci kereta, polish kereta, wax kereta, coating kereta dan cuci motor, semua di satu tempat.

Kedai cuci kereta SM Premium Wash & Detailing di Taman Alai Indah, Melaka, dengan lampu heksagon
Cucian kereta dariRM15 · Pakej Premium Shine RM149
Tempah